Wednesday, February 28, 2007

Kena tag...

Khas tuk dik Karl...

Akak akan cuba senaraikan 6 perkara pelik dlm diri akak tuk tatapan adik dan yg lelain...ermmm cume terpk...ape yg akak nk kategorikan pelik dlm diri akak nie yer...emmm...ehehe...(kalau el-hakim tu iye pelik)...

Sunday, February 18, 2007

Selamat Tahun Baru Cina...

Selamat Tahun Baru Cina kepada yg menyambutnya dan selamat bercuti dengan selamatnya di hari perayaan nie. Berhati-hati walau di mana anda berada. Saya juge yang berada di pejabat di kala kawan-kawan sedang sronok bercuti. Waaaa...wahahaha...ehe. Sbenarnya tak pernah terfikir/terlintas di fikiran saya tuk berada dlm situasi skrg nie, maksud sy bekerja di hari org cuti dan bercuti di kala org lain bekerja. Mungkin sy pernah berfikir di bwh kawalan minda bwh sedar bahawa sy suke jika bekerja dlm situasi yg sy sebutkan di atas td. Mungkin waktu tu sy membuat saranan tanpa saya sedari ke minda bwh sedar sy tentang seronoknya kalau tak bekerja di hari org bekerja, sy bole buat mcm² perkara yg sy nak buat...antaranya:
- gi byr bil (wpun jarang skali kena g byr)
- gi beli brg² dapo
- gi tgk wayang
- gi window shopping
(ehehe...x byk sbenarnya yg sy nak buat, da mmg jenis malas nk kuar²)
Pernah tak kita terfikir, perkara yg kita fikir/bayang akan menjadi kenyataan satu hari nnti. Mungkin ianya tidak akan terjadi dlm masa terdekat, namun bila kita telah mengalami situasi tersebut barulah kita sedar/perasan bahawa kita pernah memikirkan tentang perkara tersebut pada masa lalu. Ehehe...sy pun baru tringat bila duk memikirkan pasal masa keje sy yg tak menentu ni. Sy rase sy pernah terfikir psl nie dolu-dolu..."alangkah sronoknyer biler kita bole jln2,shopping,tgk wyg time org bekerja..." hah...x pasal2 skrg ni sy alami sendiri situasi nie. Suka ke x suke ke...sy kena harungi nyer jua. Inilah punca pendapatan/rezeki sy (buat masa ni).
Tanpa sy sedari rupanya sy telah menghantar pesanan ke sistem minda bwh sedar sy...dan pesanan itu telah pun disimpan di situ sehingga la kini sy mengalami situasi tersebut. Pinjam ayat2 kawan sy dlm blog dia "Anda adalah apa yang anda fikirkan. Sekiranya anda fikirkan anda hebat, hebatlah anda, sekiranya anda fikirkan anda lemah, lemahlah anda".
Kesimpulannya, kita kena mula belajar untuk memikirkan perkara-perkara yang positif untuk diri kita, perkara-perkara yang boleh membantu kita mencapai impian kita. Tapi mmg x dinafikan yg pasti ada perkara2 negatif mencurik-curik masuk minda kita...tp xper, selagi termampu kita buang yg negatif tu atau kita tukar supaya ia jadi positif...aha...mcm mana tu? ehehehe...ayuh mulakan hari anda dgn aktiviti berfikir secara positif...ayuhhh!

Saturday, February 17, 2007

Tenggelam timbul

Assalammualaikum & salam sejahtera,

Ehe...dik karl...akak skejap tenggelam, amik masa gak nk timbul balik. Muahahahaha...skang da timbul da tp tatau la smpi bler?trus timbul atau tenggelam balik...(nk kena blaja apung badan ni) ehe...Kt opis, menghabiskan masa² yg ada sblm balik kul 6.


Pejabat
Zon Bebas
5.00 petang