Monday, January 29, 2007

Satu waktu dulu...

Setiap dari kita ada kekurangan/kelebihan dalam diri yang ada masa dan ketika kita tidak menyedari akan kewujudan ciri² tersebut. Namun, saya percaya dengan pepatah "Manakan dapat sagunya jika tak dipecahkan ruyungnya". Kita kena berusaha untuk memajukan diri dan menetapkan pendirian dalam apa juga perancangan yang ingin dilakukan. Sentuh mengenai 'tetap pendirian' teringat satu waktu dulu...ada kawan yang pernah mengatakan bahawa saya adalah seorang yang tidak 'tetap pendirian'...ermmm saya tidak boleh menyangkal pendapat kawan tersebut, memang saya seorang yang tidak 'tetap pendirian', tapi saya telah cuba untuk menjadi seorang yang termasuk di dalam kategori 'tetap pendirian'. Telah banyak pilihan yang saya pilih yang sering kali saya pertimbangkan dengan mengikut kata hati...dan sering kali juga pilihan saya itu menyebelahi saya. Saya kaitkan hal 'follow your heart' dengan keadaan saya yang membuat pilihan mengikut hati sendiri setelah saya membuat pilihan untuk memutuskan tali pertunangan dengan bekas tunang saya. Dalam hal ini ada suara² yang mengatakan saya tidak 'tetap pendirian' kerana terlihat pada permulaan perhubungan saya & bekas tunang segalanya baik dan indah belaka, namun langit tak selalunya cerah, ingatkan cerah hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Begitu jualah perhubungan kami ini, dibayangkan bahawa perhubungan kami ini akan bersatu dengan ikatan perkahwinan, kuasa dan ketentuan Allah swt tak dapat kita sebagai hambaNya untuk menduga.
Untuk makluman, banyak lagi kaitan tentang sikap tidak 'tetap pendirian' yang diberi kepada saya. Adakah saya yang harus dipersalahkan 100% jika sikap tidak 'tetap pendirian' saya ini masih tidak dapat dibuang dari dalam diri saya...? Kadangkala saya menggunakan sikap ini dijalan yang sepatutnya. Pun begitu, ada ketikanya saya menggunakan sikap ini tanpa memikirkan perasaan orang lain. Saya akui sikap itu tidak elok untuk saya dan orang² disekeliling saya. Saya merancang hanya Allah yang menentukan.
Kini, saya akan jadikan kenangan satu waktu dulu...satu kenangan yang bernilai dalam diri serta kehidupan saya. Biarlah apa orang nak kata...sesungguhnya saya lebih mengetahui apa yang saya buat dan apa jua pilihan saya pastinya ada kebaikan untuk diri saya.
Fazs
Bebasdisini
29012007 - Malam
Rumah